Isnin, 13 September 2010

Golongan Yang Menjadi Musuh dan Kawan Iblis.


Golongan Yang Menjadi Musuh dan Kawan Iblis.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Wahai Iblis, terangkan kepadaku berapakah golongan dari umatku yang akan menjadi musuhmu?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, umatmu yang menjadi musuhku ada lima belas golongan antaranya adalah :

1.Orang-orang yang mengikut akan dikau ya Muhammad.

2.Imam (pemerentah) yang adil.

3.Orang kaya yang merendahkan diri.

4.Saudagar yang jujur dan benar.

5.Ulama' dan para alim yang khusyu'.

6.Para Mukmin yang pengasih dan penyayang.

7.Manusia yang seringkali bertaubat dan memohon ampun dari Allah.

8.Orang Mukmin yang selalu suka memberi nasihat kepada jalan yang benar.

9.Orang-orang yang warak dikalangan umatmu.

10.Orang Mukmin yang selalu didalam berwudhu (air sembahyang).

11.Orang Mukmin yang selalu bersedekah.

12.Orang Mukmin yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

13.Orang Mukmin yang baik dan ikhlas serta berbudi luhur.

14.Orang Mukmin yang selalu membaca Al-Qur'an.

15.Umatmu yang rajin melaksanakan solat malam (qiamullail)."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Wahai Iblis, terangkan kepadaku siapakah gulongan umatku yang menjadi kawan baikmu?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, ada sepuluh gulongan yang menjadi sahabat karibku antaranya : 1.Imam (pemerentah) yang zalim.

2.Orang kaya yang sombong.

3.Saudagar yang khianat (menipu dalam perniagaan).

4.Peminum arak.

5.Tukang fitnah (ini termasuk semua jenis manusia tidak kira apa pangkat dan darjatnya sekalipun).

6.Pelacur.

7.Pemakan harta anak yatim.

8.Umatmu yang mempermudahkan solat (tidak melaksanakan solat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat).

9.Manusia yang engan membayar zakat.

10.Orang yang banyak berangan-angan (malas bekerja mencari rezeki). "


Sahabat yang dimuliakan,

Oleh itu sentiasalah kita berwaspada supaya kita tidak menjadi golongan yang menjadi kawan syaitan tanpa kita sedari. Inilah dua jenis golongan yang ujud dikalangan manusia dan tiap satu berlawanan dengan yang lain hingga payah untuk diukur bagaimana jauh dan dekat, kerana alat ukur hanya mampu menghitung benda, tetapi berbeza antara dua makhuk ini bukan dipisahkan oleh benda tetapi dipisahkan dengn iman.

Hanya imanlah sahaja yang mampu menangkis segala serangan Iblis dan syaitan.Kesemua lima belas golongan yang dinyatakan diatas adalah mereka-mereka yang berpaksikan iman dan taqwa didalam kehidupan mereka hingga Iblis dan syaitan kecewa kerana tidak berupaya mengoda mereka.

Sekiranya kalian berada di golongan kedua yakni menjadi sahabat Iblis, maka hendaklah kalian mencari jalan keluar yang selamat, mintalah pertolongan Allah, insya Allah Allah akan menolong hamba-hambanya suka membuat kebaikan dan bertaubat. Perbanyakkanlah zikir dan mengingati Allah walau dimana sekalipun berada, kerana dengan mengingati Allah sahajalah kita dapat selamat dari tipu daya Iblis dan kuncu-kuncunya.

Beberapa ayat-ayat Allah s.w.t dan hadis Nabi s.a.w mengenai gangguan syaitan :

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah menjadi teman yang selalu menyertainya (Surah Al Zukraf ayat :36)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa wa-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, mak ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Surah Al A’raf ayat: 201)

Rasulullah saw telah bersabda maksudnya : "Katakanlah tiada tuhan melainkan Allah dan akan menjauhkan syaitan daripada orang yang menyebutkannya ."

(Irsyadul Qalb ms:19)

Rasulullah saw telah bersabda : Melakukan sesuatu perkerjaan itu adalah dari Allah manakala melakukan sesuatu perkerjaan dengan terburu-buru itu adalah dari syaitan .

(Nahjul Al Fasohah ms:214)

"Rasulullah saw telah bersabda :Seseorang lelaki janganlah duduk berdua-duan dengan seorang perempuan kerana yang tiganya adalah syaitan ."

(Nahjul Al Fasohah ms:526)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan