Selasa, 29 Jun 2010
ROH YANG HIDUP
ROH YANG HIDUP
Seseorang hamba Allah yg beriman juga dia akan bertanggungjawab dgn ilmunya.Ia bukan sekadar mempelajari dan memahami ilmu tersebut,malah di amalkan.Tidak dijadikan ilmunya sebagai 'pekasam' yg akhirnya akan mereputkan seluruh tulang-belulang dan seterusnya menjadi busuk.Ia tidak menunggu ilmunya sehingga digelar profesor atau tuan guru.Walaupun ilmu itu,sekadar sebaris ayat Al-Quran atau sepotong hadis ringkas,diamalkannya.Hati insan begini,sentiasa hidup.Hati yg ikhlas dan hidup tidak akan nyenyak tidur,tidak akan berselera utk makan dan tidak akan ceria di kelilingi anak isteri.Hati itu,akan sentiasa memikirkan ttg amanah Allah.Amanah dlm menentukan hukum dan syariat Allah mengatasi segala2nya di atas muka bumi ini.Di anggap ini sebagai tanggungjawabnya.Hati ini akan takut dan bimbang,bimbang kalau2 malaikat maut lebih awal menjemputnya ke alam barzakh.Setelah itu,akan menemui Allah di Padang Mahsyar.Mungkin dia akan lulus segala pertanyaan dari Allah.Tetapi,dia sendiri masih mencari2 jawapan.Apakah jawapannya kelak,sekiranya Allah bertanya ttg tanggungjawabnya terhadap amanah yg diberikan selama hidunya di dunia dahulu.Apakah yg telah dilakukan utk memastikan hukum dan syariat Allah itu,tertegak di bumi yg dipijak.Apakah jawapannya kelak,andainya Allah bertanyakan ttg fenomena yg dibentangkan di hadapan matanya.Fenomena yg menghina dan mencabar maruah umat Islam di mana2 sahaja.Apakah yg telah dia lakukan utk menyelamatkan gadis atau ibu2 muda Islam yg diperkosa oleh tentera kuffar di Bosnia,Kosovo,di Acheh,di Kashmir,di Ambon,di Mesir,di Algeria,di Turki,di India,di kemboja dan sebagainya.Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan ribuan gadis Islam yg di lacurkan utk kepuasan nafsu Barat.Apakah yg telah dilakukan utk mengisi perut2 umat Islam yg kebuluran di Libya,di Iraq,di Sudan,di Pakistan,di Afghanistan,di Indonesia dan seumpamanya,semata2 di khianati oleh Barat yg di dalangi Amerika.Apakah yg telah dibuat utk membebaskan Masjidil Aqsa dari kekuasaan Yahudi Laknatullah di Palestine.Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan Masjid Babri di India.Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan aqidah umat Islam seperti Kartina di Perak dan Aisyah dari johor.Haruskah dia menjawab kpd segala persoalan itu,bahawa dia telah berusaha dgn menyertai parti,pertubuhan,gerakan,badan kebajikan,badan sosial yg diterajui oleh umat Islam.Cukupkah dgn jawapannya bahawa dia berada di dalam sebuah negara yg masyarakatnya berbagai kaum,masyarakat majmuk.Sukar utk melaksanakan tuntutan Allah,kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan.Hati mereka perlu dijaga,agar mereka tidak pandang serong pada Islam.Mereka perlu difahamkan dalam waktu yg lama.Perancangan utk menerangkan pada mereka sedang disusun.Apakah kelak dia akan berkata pada Allah,bahawa dia telah merancang satu program yg panjang utk memahami seluruh ummah.Memahamkan seluruh kaum yg bukan Islam,setelah itu,baru hukum dan syariat Allah akan dilaksanakan.Dia buat begitu,kerana ingin menjaga keamanan,dia tidak mahu wujudkan ketegangan sesama ummah,sesama kaum lain.Biarlah dia bertolak ansur terlebih dahulu.Pada dia,seruan dan tindakan begitu lebih hikmah,kerana tidak berlaku perpecahan,tidak berlaku pertumpahan darah.Lagipun,Islam tidak menggalakkan perpecahan,Islam tidak galakkan peperangan.Maka,dia pilih jalan sekarang,jalan mencari kemenangan melalui perjuangan yg lebih berhikmah,lebih bijaksana.Kemenangan Islam itu,makan masa yg panjang.Apakah perlu dia berkata pada Allah,selama ini dia telah lama merancang.Membuat berbagai program dan agenda aktiviti bagi mencapai kemenangan Islam.Tetapi hasratnya tidak sampai,kerana Allah lebih awal menjemputnya ke alam barzakh.Patutkah kelak dia berkata kpd Allah,bahawa Allah telah berlaku zalim padanya,kerana lebih awal mematikan jasadnya,sebelum dia meneruskan perancangan ke arah mewujudkan syariat Allah di muka bumi ini.Munasabahkah dia menyalahkan Allah dalam hal ini.Allah berlaku adil padanya,kerana tidak memberi masa yg panjang utknya melaksanakan tugas sewaktu dia hidup dahulu.Apakah Allah akan redha dgn segala alasan dari jawapannya kelak.WALLAHUA'LAM...
BY:Kekanda Qazwin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan