Rabu, 21 Mac 2012

Rahsia Khusyuk Solat


Khusyuk Dalam Solat

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah.

Apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal.

Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya."
(HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:

”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali.

Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari.

Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata

”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!”

Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)
Hadith merupakan sumber kedua umat Islam setelah al-Quran, malahan kedua-duanya perlu seiring kita pegang. Rasulullah didalam hadithnya mengingatkan kita mafhumnya, tidak akan kamu sesat selama-lamanya jika kamu pegang kepada dua perkara iaitu al-Quran dan hadith. Moga album ini dapat memberi sedikit maklumat kepada kita dan pengajaran kepada kita. Amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

1 ulasan:

  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam