Khamis, 10 Mac 2011

~ pelangi selepas hujan ~


Wahai sahabatku....
Dengarlah hati ini berbicara....

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

SubhanaAllah....

2 ulasan:

  1. Aduhai...sahabat yang bijak menyusun kata..sememangnya hati adalah sasaran termudah selaku lapang sasar sang iblis melebar bisikan!Se hebat se orang abid,mampu tewas lantaran hasutan serta bisikan penuh santau beracun itu.
    Terasa keseorangan,bersendirian di biar terkapai merungkai segala keperitan?..lalu terfikir jalan mudah penyelesai masalah..dan akhirnya tersipu malu sendirian bila waras kembali menguasai benak.
    Sahabat yang mampu meluah rasa...telah di gilirkan sedemikian rupa ,pasti mentari pagi tersenyum jua,satelah berlalu sang malam...pelangi menunjuk kelibat...se usai gerimis...dan harapan bakal di hadapan...bila segala ujian telah berjaya ditinggal ..nun jauh di hujung se malam.....begitu lah aturan yang telah di putuskan....tidak seperti sang punggok yang kerinduan bulan...!!

    BalasPadam
  2. Syukran wahai sahabat yg di kasihi...
    setiap kata2 baris ayat yg di zahirkan adalah dari Allah SWT...apalah yg ada pada kita..segala2nya milik Allah SWT...pada kita hanya di beri pinjaman sahaja...
    SubhanaAllah...tiada daya dan upayaku utk melawan segalnya..hanya memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah Taala....dan yg pastinya itulah suratan Alam...benar wahai sahabat...Pungguk sentiasa merindukan bulan...dan bulan jugak..x pernah lupakan pungguk yg selalu setia kepadanya...wallahua'lam...

    BalasPadam