Isnin, 3 Jun 2013

~ BERPEGANGLAH KAMU DENGAN TALI ALLAH~

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.( ali imran 103 ) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( at-taubah 71 )

Isnin, 25 Jun 2012

~Mujahid Yg di Rindukan~

Mujahid Yg di Rindukan.... Aku tidak tahu di mana adanya dirimu Aku tidak tahu siapa kamu tetapi aku tetap menantikan kamu untuk menjemputku sebagai bidadarimu Mujahid yang dirindukan Andai tiba tika waktunya kita bertemu Tidak ku ingin pertemuan itu disulamkan nafsu Dambaanku hanyalah redha Tuhanku yang satu kerana janjiNYA kita berpadu Mujahid yang dirindukan Andai cintaku kepada Rabbku belum cukup ku mohon DIA menjadikan dirimu yang mencukupkan cinta itu Andai ikhlas ku kepada perjuangan belum indah ku mohon DIA menjadikan dirimu yang mengindahkan keikhlasan itu Andai rindu ku pada syurga dan syahid belum kukuh ku mohon DIA mengizinkan mu menjadi peniup semangat kekukuhan itu Mujahid yang dirindukan Ku tahu dirimu sedang berjuang menegakkan agama NYA Maka, jangan sekali kau mengingati diriku yang hina sehingga melalaikan ingatan mu kepada harumnya roh para syuhadah Aku tidak mahu menjadi asbab akan kelalaianmu Aku ini hanya ibarat secebis kain buruk yang tiada tandingan dengan bidadari di syurga yang ALLAH janjikan buat para syuhadah Namun Mujahid yang dirindukan Jika benar ALLAH mengizinkan kau untukku maka ambillah amanah ini didiklah diriku untuk menjadi wanita yang rindukan syurga hiasilah diriku dengan tarbiyah ruhiyah teguhkanlah jiwaku dengan nadi perjuangan dan suluhkan harapanku untuk kemenangan ISLAM Mujahid yang dirindukan Jika pertemuan ALLAH izinkan di dunia moga pertemuan itu tatkala kita disatukan dengan janjiNYA tetapi jika perancangan ALLAH sebaliknya semoga ada yang lebih baik untuk mu dan untukku di syurgaNYA....

Rabu, 21 Mac 2012

~Diet Rasulullah SAW~


Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan...

Rahsia Khusyuk Solat


Khusyuk Dalam Solat

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah.

Apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal.

Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya."
(HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:

”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali.

Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari.

Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata

”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!”

Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)
Hadith merupakan sumber kedua umat Islam setelah al-Quran, malahan kedua-duanya perlu seiring kita pegang. Rasulullah didalam hadithnya mengingatkan kita mafhumnya, tidak akan kamu sesat selama-lamanya jika kamu pegang kepada dua perkara iaitu al-Quran dan hadith. Moga album ini dapat memberi sedikit maklumat kepada kita dan pengajaran kepada kita. Amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

~PILIH LELAKI YANG BERAGAMA~



"Ustaz, nak buat macam mana ustaz. Saya dah kahwin tapi suami saya baca Al-Quran pun TAK PANDAI ustaz."

~♥ Isterilah AJARKAN suami, Allah SWT beri PILIHAN untuk memilih yang terbaik. Jadi mengapa memilih yang tidak memahami agama? Yang tidak mempedulikan agama?

✿~ Bagi IBU AYAH : "TEST" lelaki itu terlebih dahulu. Tanya elok-elok bab agama, dah lulus bab agama baru tanya bab yang lain.

"Tolong baca Quran. Surah lain, pakcik nak dengar."
"Jom solat Maghrib berjemaah. Kamu jadi Imamnya."

✿~ Bagi WANITA : Jika ingin dapat lelaki yang baik, carilah lelaki yang BELAJAR dan MEMAHAMI agama.. InsyaAllah, pasti bahagia berkekalan.

✿~ Bagi LELAKI : Untuk menjadi yang terbaik, DORONGLAH diri untuk belajar agama dan jika ingin mendapat isteri yang baik, belajarlah agama kerana lelakilah yang akan menjadi TUNGGAK utama dalam membina KELUARGA SAKINAH yang diredhai Allah SWT.♥♥
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu walaupun satu ayat."

~keberkatan ayat Kursi~


Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

~Cinta Itu Tak Perlukan Sebab~


Cinta Itu Tak Perlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang menumbuhkan cintaku..
kamu yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…. ♥