Rabu, 21 Mac 2012

~Diet Rasulullah SAW~


Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan...

Rahsia Khusyuk Solat


Khusyuk Dalam Solat

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah.

Apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal.

Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya."
(HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:

”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan.

Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali.

Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari.

Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata

”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!”

Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)
Hadith merupakan sumber kedua umat Islam setelah al-Quran, malahan kedua-duanya perlu seiring kita pegang. Rasulullah didalam hadithnya mengingatkan kita mafhumnya, tidak akan kamu sesat selama-lamanya jika kamu pegang kepada dua perkara iaitu al-Quran dan hadith. Moga album ini dapat memberi sedikit maklumat kepada kita dan pengajaran kepada kita. Amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.

~PILIH LELAKI YANG BERAGAMA~



"Ustaz, nak buat macam mana ustaz. Saya dah kahwin tapi suami saya baca Al-Quran pun TAK PANDAI ustaz."

~♥ Isterilah AJARKAN suami, Allah SWT beri PILIHAN untuk memilih yang terbaik. Jadi mengapa memilih yang tidak memahami agama? Yang tidak mempedulikan agama?

✿~ Bagi IBU AYAH : "TEST" lelaki itu terlebih dahulu. Tanya elok-elok bab agama, dah lulus bab agama baru tanya bab yang lain.

"Tolong baca Quran. Surah lain, pakcik nak dengar."
"Jom solat Maghrib berjemaah. Kamu jadi Imamnya."

✿~ Bagi WANITA : Jika ingin dapat lelaki yang baik, carilah lelaki yang BELAJAR dan MEMAHAMI agama.. InsyaAllah, pasti bahagia berkekalan.

✿~ Bagi LELAKI : Untuk menjadi yang terbaik, DORONGLAH diri untuk belajar agama dan jika ingin mendapat isteri yang baik, belajarlah agama kerana lelakilah yang akan menjadi TUNGGAK utama dalam membina KELUARGA SAKINAH yang diredhai Allah SWT.♥♥
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu walaupun satu ayat."

~keberkatan ayat Kursi~


Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

~Cinta Itu Tak Perlukan Sebab~


Cinta Itu Tak Perlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang menumbuhkan cintaku..
kamu yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…. ♥

~Keberkatan Bismillah~


BISMILLAH 5~Penyembuh Pelbagai Penyakit...

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...

Khamis, 15 Mac 2012

"Don't be sad"


Don't be sad !!!

If you are stricken by poverty...others are chained in debt..
If you don't have shoes...others have no feet..
If you feel pain now...others have been aching for years..
If your son dies...others have lost many..

If you have sinned...then repent.
If you have commited a mistake...correct it.
The doors of repentance are ever open!
The fountain of forgiveness is ever rich!
So don't be sad!

Let all bygones be bygones!
What is predestined for you, you shall see it!
Being sad will not change anything
So don't be sad!!
Sadness spoils your life..
destroys your happiness and turns it into wretchedness!
So don't be sad!
Supplication is your shield!Prayer is your beacon!
Prostration is your means!
See how vast is the earth!!How nice are the gardens and forests!!
How bright are the stars!!
All are happy but you are sad!! So don'i be sad!


You have sweet water to drink!fresh air to breathe!Feet to walk with!
You sleep safely in your bed!
So why be sad??
Every cloud have a silver lining!
After long nights come the bright sun!
Life will soon give you a smile!!So be ready to get it !
And don't be sad!real life is that spent in happiness!
So cross out your sad days from your age!Peace of mind is the real treasure!!

by Sheikh Aid Al Qarni "Don't be sad"

MANGKUK CANTIK, MADU, SEHELAI RAMBUT


Assalamualaikum wbh..
Sahabatfillahku semua..

Satu bingkisan indah untuk kita hayati bersama...

:: MANGKUK CANTIK, MADU, SEHELAI RAMBUT ::

"Suatu ketika, Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah Salallahu Alaihi Wassalam sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam segera berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, "SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Waallahualam...

Manakala itu kata-kataku yang dhaif ini...
"Ukhuwahfillah itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik. Berjalan bersama seiringan bersama-sama sahabatku dalam jalan dakwah ini adalah lebih manis dari madu dan berjihad mempertahankan dan menegakkan kebenaran kalimah Allah di atas muka bumi ini adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Dan bagaimana pula perumpamaan darimu sahabatfillahku semua berkaitan perihal sebuah mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut ?? kongsikan bersama-sama semua sahabat ya...:)

Usah Terpedaya Dengan Keseronokan Dunia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang luas dan dalam. Telah ramai insan yang tewas, karam dan tenggelam dipukul gelombang. Oleh itu, layarilah bahtera kehidupan ini berasaskan takwa. Muatannya iman yang teguh di dada dan layarnya tawakkal kepada Yang Maha Esa. Semuga kalian selamat menuju ke pulau tujuan. Berjaya mendaki gunung harapan dan selamat mencapai kemenangan.

Perkara yang paling penting dan utama dalam menyusun kehidupan adalah meluruskan hati kita terlebih dahulu,

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Bila hati tenang seseorang akan dapat menghadapi apa jua keadaan dengan baik. Dalam keadaan susah, hati boleh bersabar. Dalam keadaan senang hati boleh bersyukur.

Usah terlalu ghairah memburu keseronokan. Keseronokan bukan kebahagiaan. Tetapi dalam kebahagiaan ada keseronokan. Kebahagiaan ada di hati dan hanya akan tercapai apabila fitrah hati dipenuhi. Hati perlukan ketenangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya hati yang terbaik ialah hati yang sentiasa mengingati Allah." (Hadis Riwayat Abu Saad al-Qudri)

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu perlulah sentiasa memberi perhatian kepada kesejahteraan hati kita. Dalam menjalani kehidupan yang mencabar ini, kita perlu menjaga akhlak sebaik mungkin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia adalah dia yang membawa kebaikan kepada orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari)

Perlu di ingat bahawa kita akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT di hari akhirat nanti tentang apa yang kita telah lakukan didunia ini. Jika kebaikan dan mendatangkan menfaat hingga di ikuti oleh orang lain maka saham kebaikannya akan kita terima berupa pahala,iaitu pahala dari perbuatan kita sendiri disamping pahala dari orang lain.Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk menjadi contoh yang baik.

Awasilah terhadap pengaruh persekitaran, rakan-rakan yang boleh memesongkan keimanan, gunakanlah masa terluang yang ada untuk mengisi dengan majlis-majlis ilmu yang akan menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu pastikan setiap aktiviti hidup kita dalam rangka memperhambakan diri kepada AllahSWT. Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya sewaktu memberi nasihat : "Hai anakku !

1. Janganlah engkau menyekutukan Allah SWT kerana sesungguhnya syirik itu suatu penganiayaan yang besar.

2. Allah SWT mewajibkan manusia taat kepada ibu-bapa. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita lemah dan bertambah lemah serta menyusuinya selama dua tahun. Oleh itu, hendaklah bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kedua ibu-bapa. Kepada Allah SWT tempat kembali. Sekiranya kedua ibu-bapamu memaksa engkau menyekutukan Allah SWT maka janganlah engkau taat. Tetapi layanilah mereka dengan sebaiknya dalam urusan dunia.

3. Hai anakku ! Sesungguhnya jika ada kebaikan walau sebesar biji sawi, biarpun didalam batu atau dilangit maupun dibumi nescaya akan diperlihatkan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

4. Hai anakku ! Dirikanlah solat dan suruhlah manusia membuat kebajikan. Laranglah perbuatan mungkar serta bersabarlah diatas suatu musibah yang menimpamu. Sesungguhnya berlaku sesuatu itu adalah dalam urusan AllahSWT .

5. Janganlah engkau memalingkan pipimu daripada manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

6. Berlaku sederhanalah dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu dalam berbicara. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Halim al-Assam berkata :
"Aku lihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahat. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir. 'Sebaik-baik sahabat yang akan menemaniku sehingga ke dalam kubur sekalipun'. Aku tidak mememui sahabat sebagini melainkan amal solehku. Lalu aku pun menjadikannya sebagai kekasihku. Agar kekasihku ini akan menjadi pelita menerangi kegelapan kuburku nanti, menghiburkanku dan tidak meninggalkanku keseorangan."

by:Abu Basyer

Jumaat, 2 Mac 2012

❖ 8 Rahsia wuduk ❖



KELEBIHAN MENGAMBIL WUDUK..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
~ Penjelasan : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
~ Penjelasan : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
~ Penjelasan : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dan sebagainya.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim”.
~ Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat.."
~ Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di
tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmahnya yang tersendiri.


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?


Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?


Bersyukurlah dan bertaubat selalu..♥

Rasulullah SAW bersabda, ❝Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya..❞
(HR. Muslim)