Selasa, 31 Mei 2011

~SIAPAKAH MANUSIA HEBAT~


Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Manusia hebat di sisi ALLAH bukan kerana hartanya, bukan juga kerana rupanya, bukan kerana kedudukannya tetapi rendah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.ramai manusia yang lupa diri apabila mereka rasakan kehebatan pada diri masing-masing,itu membuat mereka lupa kepada Pencipta yang menjadikan seluruh alam dunia ini termasuk diri sendiri (manusia). jika difikirkan dengan akal yang diberi kepada kita (manusia) tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan kehebatan ALLAH SWT.

Kadangkala manusia bila sudah terasa hebat, mahukan semuanya sempurna,sedangkan tahu dirinya juga pernah ada cacat cela. A great man isn’t someone who seeks to be perfect. A great man is someone who sees and accepts imperfections, perfectly. Lihatlah Rasulullah SAW, a great man he is - but he never punished his wives for being human (jealousy, angry etc). Then look at ourselves, do we really deserve perfection?

Astaghfirullah..I’m very sorry to say this - but this is for self-reflection.
Mahukan kesempurnaan itu adalah fitrah.Tapi apabila rasa ‘layak’ untuk mendapat yang lebih baik, mungkin hati itu sudah sedikit cacat.Ramai yang mahukan jejaka kacak, gadis anggun, yang mampu memimpin dan dipimpin - tapi bila terlihat akan kekurangan, lantas ditolak tanpa 'tapi'.Maaf andai kedengaran sinis, tapi inilah hakikat.Diberi pilihan antara jejaka alim dan kacak, dan jejaka alim yang tidak kacak - siapa yang dipilih?Sama juga, antara gadis alim yang anggun, dan gadis alim yang tidak anggun - siapa yang dipilih?Ini fitrah manusia, mahukan kesempurnaan - meskipun tanpa disedari, jiwa sendiri sudah cacat.

Mungkin pandangan saya akan dibantah dan dibangkang, tapi izinkan saya bertanya - berapa ramai lelaki alim yang sanggup memperisterikan isteri yang ‘kurang alim’ dengan niat mahu membimbingnya?
Berapa ramai perempuan alim yang sanggup mempersuamikan lelaki ‘kurang alim’ dengan niat sanggup memimpin dan dipimpin?

Kalau selama-lamanya semua mahukan yang baik-baik sahaja tanpa mengira tanggungjawab membimbing dan dibimbing - salah siapa andainya yang hanyut terus hanyut, dan yang hebat kekal hebat? Hakikatnya cuma satu.

Tidak semua sanggup merasa susah.
Walau apa pun keputusannya, buatlah kerana DIA (ALLAH)..
This goes the same for friendship too. Kalau semua sibuk nak berkawan dengan orang sefikrah, siapa yang akan cuba memberi kefahaman kepada yang masih tidak kenal Islam sendiri? Maaf - ini setepatnya saya tujukan kepada semua yang mengaku “dai’e”. Take this challenge to prove that this is.

Siapakah makhluk yang paling hebat??? Adakah bukit itu hebat??? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.

Adakah besi itu hebat? Tidak juga. Kerana sekeras mana pun besi, dia boleh dilebur dan dicairkan oleh api.
Bagaimana pula dengan api. Adakah dia yang hebat? Tidak.Sepanas mana dan sebesar mana pun dia membakar, dia boleh dipadamkan oleh air.

Sehebat mana pula air? Tidak sehebat mana juga. Bila ditiup angin, dia akan berombak, bertukar menjadi wap, akhirnya menjadi awan dan dibawa ke mana-mana oleh angin.

Sehebat mana pula angin? Angin juga tidak hebat. Sekencang mana pun dia bertiup, kencang lagi seorang hamba yang menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan ALLAH. Hamba yang banyak menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan fisabilillah, itulah makhluk yang paling hebat di sisi ALLAH.

Kenapa di situ ALLAH letakkan kehebatan hamba-Nya? Kenapa pada derma dan pengorbanan hartanya? Kenapa tidak pada sembahyangnya? Kenapa tidak pada puasanya? Kenapa tidak kepada amalan hajinya?

Kerana untuk ibadah sembahyang, hanya perlu pada pergerakan tubuh badan dan bacaan. Kalaupun ada ujian dalam sembahyang, ia hanya ujian pergerakan tubuh dan ujian lisan. Ini dikira mudah. Ia tidak sakit. Ia tidak perit.

Adapun dalam ibadah puasa, ia ujian kepada perut dan kemaluan kerana perlu imsak (menahan) kehendak dan kemahuannya.Ini juga dikira mudah. Hanya perlu menanggung lapar dan dahaga dan menahan syahwat.

Dalam ibadah haji pula, terdapat ujian kepada seluruh anggota badan dengan segala kesulitan yang perlu dilalui sewaktu mengerjakan ibadah haji. Bersejuk berpanas. Berlapar dan dahaga. Hilang keselesaan dan kerehatan. Segala-galanya sukar dan susah. Namun ini masih dianggap mudah. Keperitan hanya kepada anggota lahir.

Ini semua sangat berbeza dengan ibadah zakat dan berkorban harta benda untuk agama dan fisabilillah. Berpisah dengan harta dan wang ringgit yang disayangi tanpa nampak apa-apa untung atau balasan, ini bukan mudah. Melepaskan harta benda dan wang ringgit yang susah payah dicari dan dikumpul hanya untuk dibelanjakan kepada orang lain yang tidak pun dikenali, ini sangat payah. Sebab kali ini, bukan setakat ujian pada pergerakan tubuh badan dan lisan seperti dalam sembahyang. Bukan lagi setakat ujian pada perut dan kemaluan seperti dalam berpuasa.Bukan juga ujian kepada seluruh anggota tubuh badan yang terpaksa menghadapi berbagai kesulitan seperti dalam ibadah haji.

Mengorbankan harta benda dan wang ringgit ke jalan fisabilillah ini bukan lagi ujian terhadap jasad lahiriah. Ia adalah ujian yang menjurus terus kepada hati dan perasaan. Sebelum harta benda mampu dikorbankan, perasaan perlu dikorbankan terlebih dahulu. Iaitu perasaan cinta kepada mata benda dunia melebihi cinta kepada Tuhan. Korban perasaan ini bukannya mudah. Selagi perasaan cinta dunia dan cinta harta tidak mampu dikorbankan, tidak akan berlaku pengorbanan harta, wang ringgit dan kekayaan. Pengorbanan perasaan cinta dunia inilah pengorbanan yang pertama, utama dan yang paling besar. Korban perasaan inilah ibu segala pengorbanan. Ia langkah pertama untuk menuju kepada Tuhan.

Tidak hairanlah mengapa hamba yang banyak menderma dan banyak mengorbankan harta bendanya kepada jalan ALLAH itu makhluk yang paling hebat di sisi ALLAH. Hatinya telah diserah sepenuhnya kepada ALLAH. Inikan pula harta dan nyawanya.Mudah sahaja ianya dikorbankan kepada jalan ALLAH. Orang seperti ini, hatinya telah berhijrah ke akhirat. Dunia sudah menjadi kecil baginya. Sebab itu tidak bermakna sembahyang seseorang hamba, tidak bermakna puasa seseorang hamba dan tidak bermakna haji seseorang hamba kalau sekiranya sebahagian dari hartanya tidak diagihkan kepada agama, kepada fakir miskin dan kepada anak-anak yatim. Kalau berlaku begitu maka sembahyangnya dusta, puasanya dusta dan hajinya juga dusta. Bahkan dia termasuk orang yang mendustakan agama.jadilah orang yang hebat disisi ALLAH,harta kekayaan tidak akan menjamin kita menjadi hebat dipandangan ALLAH SWT.

Manusia hebat di sisi Allah bukan kerana hartanya, bukan juga kerana rupanya, bukan kerana kedudukannya tetapi rendah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa...SubhanALLAH.

Selasa, 17 Mei 2011

~Buatmu Pejuang Agama Allah~



Moga Iman Perisai Kemuliaanmu,
Moga Taqwa Benteng Peribadimu,
Moga Syahid Jadi Milikmu,
Moga JANNAH kan memanggil Dirimu

Ya Allah..
berkati umur temanku,
kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan Nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya dari kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan dia tersungkur dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..
Sesungguhnya,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain..

Ya Allah..
kurniakanlah dia kesenangan,ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..
aamiin Ya Rabbal A’lamiin.

Uhibbukifillah...
Nur Mujahidah... ♥

Ahad, 15 Mei 2011

Untukmu Yang Bergelar Muslimat...


Tazkirah: Untukmu Yang Bergelar Muslimat..

Wanita ibarat buah epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli itu berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengufurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Hanya pemuda yang benar-benar luar biasa sahaja mampu. Jika tidak di dunia, InsyaALLAH di akhirat kelak.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian, bukan pada bentuk tubuhnya atau cara dia menggayakan rambutnya. Kecantikan itu terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih sayang memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Ahad, 8 Mei 2011

~ SEGALANYA MILIKMU YA ILAHI ~



Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan buatku
Oh Tuhan...