Ahad, 29 Ogos 2010

Fasa Ke 3 Ramadhan Pembebasan dari Api Neraka


Fasa Ke 3 Ramadhan Pembebasan dari Api Neraka

Sahabat yang dikasihi Allah,

Alhamdulillah kita berada dihari terakhir fasa ke 2 iaitu "Pertengahannya keampunan daripada Allah "esok kita akan masuk fasa ke 3 iaitu "Pembebasan dari api Neraka"

Apabila kita masuk saja fasa terakhir dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api Neraka iaitu disepuluh terakhir. Apa yang kita sangat harapkan bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Qur'an, zikrullah, berdo'a, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api Neraka!

Teruskanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh, kurangkan berbicara dan simbang-simbang kosong, tinggalkan rutin harian seperti menonton t.v dan sebagaikan, ikutilah amalan Nabi s.a.w yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu mendapat pembebasan dari siksaan api Neraka. Nabi s.a.w. masa 10 malam terakhir mengikat kain sarung baginda (tidak mendekati isteri-ister baginda) .Kita amat berharap belas kasihan Allah s.w.t. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari siksaan api Neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadhan tetapi namanya masih tercatat sebagai ahli Neraka.

Allah s.w.t. Maha Mendengar atas rintihan hamba-hamba-Nya yang mengaku atas dosa dan kesalahannya meminta rahmat dan rahim Allah s.w.t. dimalam yang penuh sahdu hingga menitiskan air mata penyesalan.

Alangkah bahagianya hidup kita apabila Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa-dosa kita dan diredhai-Nya dan dipilih untuk memasuki Syurga-Nya seluas langit dan bumi.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka Syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke Syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari Neraka sebanyak tiga kali, maka Neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari Neraka,"

m(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sahabat yang dimuliakan,

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan do'a oleh Allah s.w.t. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97 Ayat 3.

Maksudnya:

" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan"

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.maksudnya :

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan maksudnya : " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah maksudnya : " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadis daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi maksudnya :" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api Neraka."

Sahabat,

Walaupun malam Lailatul Qadar ada riwayat menyatakan 27 Ramadhan tetapi seelok-eloknya kita isi kesemua malam terakhir (10 malam) dengan amal ibadah dan beriktikaf di masjid kerana ganjaran Ramadhan adalah cukup besar berbanding bulan-bulan yang lain. Nabi sendiri menghidupkan 10 malam terakhir dengan berikhtikaf di masjid, beribadah, solat, zikir dan baca al-Qur'an dengan penuh kesungguhan. Mintalah ampun dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah supaya kita dibebaskan dari siksaan api Neraka.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan Memiliki Rahsia Kejayaan Umat Islam


Ramadhan Memiliki Rahsia Kejayaan Umat Islam

Sahabat yang dikasihi,

Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi Allah s.w.t. Kehadiran Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa dan melaksanakan ibadah dengan penuh kusyuk semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

Namun begitu dibulan Ramadhan ini juga mengandungi rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat dan juga para mujahid Islam dalam usaha untuk mengembalikan balik kedaulatan dan hukum-hukum Islam sebagai Khalifah Islamiyah.

Perlulah kita memahami bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bedzanya. Malah puasa yang sedang mereka lakukan benar-benar menjadi penguat ruhiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk didalam hati dan jiwa orang Mukmin.

Terdapat beberapa peristiwa dalam sejarah Islam, kejayaan umat Islam berjaya dalam jihad dan peperangan ketika berhadapan dengan tentera kuffar ianya berlaku didalam bulan Ramadhan. Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Perang Badar al-Qubra :

Dengan pertolongan Allah Rasulullah dan sahabat-sahabat telah berjaya mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.

Perang Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadhan. Perang itu berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.

Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdo'a kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini."

Baginda terus berdo'a sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar al-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah do'amu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janji-Nya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): 'Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut."

(Surah al-Anfal ayat 9)

Kisah ini menggambarkan dengan jelas peranan do'a dalam kehidupan Muslim. Setiap Muslim dituntut berdo'a hanya kepada Allah. Ia juga menunjukkan betapa manusia adalah makhluk lemah dan serba daif. Oleh itu, manusia berhajatkan kepada pertolongan Allah sebagai Pencipta alam semesta yang Maha Berkuasa. Kepada-Nya setiap Muslim bergantung harapan dan memohon bantuan sebagaimana mafhum daripada surah al-Fatihah yang diulang-ulang sekurang-kurang 17 kali sehari semalam maksudnya: "Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan."

(Surah al-Fatihah, ayat 5)

Maka tidak hairan Baginda sentiasa menggalakkan umat Islam agar tidak putus-putus berdo'a kepada Allah dalam semua keadaan tidak kira pada masa senang atau susah, kaya atau miskin dan seterusnya. Baginda pernah bersabda maksudnya: "Do'a adalah senjata Mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi."

(Hadis riwayat Abu Ya'la)

2. Perang Khandak :

Pada bulan Ramadhan tahun 5H pula, Rasulullah dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin setelah Allah menurunkan bantuanNya.

3. Pembukaan Kota Mekah :

Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadhan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah s.a.w. keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum Muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan Muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan disiksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Kisah yang terjadi pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah adalah Pembukaan Kota Mekah (Fathul Makkah) di mana umat Islam telah berjaya menakluki Mekah dan ia merupakan kejayaan yang terbesar kepada umat Islam apabila berjaya menguasai Mekah dan Madinah sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai pusat yang penting bagi Daulah Islamiyyah di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah s.w.t. Ini terkandung di dalam Al-Qur'an iaitu pada Surah An-Nasr ayat 1 hingga 3.

Firman Allah s.w.t maksudnya :

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah)

Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah.Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan padaNya, Sesungguhnya, Dia Maha Penerima Taubat".

Ayat ini jelas menceritakan kisah Fathul Makkah (pembukaan Kota Mekah) dan dalam ayat ini juga, Allah s.w.t. menyeru agar hamba-hambaNya bertasbih kepadaNya apabila beroleh kemenangan sebagai tanda mensyukuri atas nikmat yang diberikan. Seperti yang kita sedia maklum, kita juga akan bertasbih, bertakbir dan bertahmid meraikan hari kemenangan seperti pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha khususnya.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah berkata,

"Ianya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeri-Nya dan rumah-Nya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agama-Nya, hingga dengan-Nya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".

4. Tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia (Sepanyol)

Pada bulan Ramadhan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadhan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.

5. Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib :

Ramadhan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.

6. Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol :

Seterusnya dalam bulan Ramadhan 658H, tentera Mongol berjaya dikalahkan di Ain Jalut dan Palestin kembali ke tangan kaum Muslimin.

Banyak lagi peperangan lain yang berlaku di masa Rasulullah dan juga para khulafa' semasa bulan Ramadhan yang tidak dapat diungkapkan di sini. Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah dan meninggikan syiar Islam.

Beberapa peristiwa yang tercatit juga menunjukkan betapa Rasulullah dan para khalifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat Islam terus berada di bawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat Islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah.

Sahabat yang dimuliakan,

Oleh itu apakah kita sebagai umat Islam saat ini terfikir akan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Khasmir, Selatan Filifina (Philipine) dan Selatan Thailand yang sedang ditindas dan mereka menjalani kehidupan yang sukar dan terpaksa mempertahankan maruah diri untuk mempertahankan negara mereka yang diceroboh oleh tentera kuffar. Penderitaan ini yang datang berpanjangan adalah kerana umat Islam telah kehilangan Khalifah Islamyah sejak jatuhnya Khalifah Islamiyah di Turki pada 3 Mac 1924 hinggalah kini.

Sudah 82 tahun Khilafah Islamiyah (Daulah Islam) dihancurkan oleh musuh-musuh Allah dengan kerjasama oleh sang pengkhianat dari pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Sekarang ini, muncul pula para pengkhianat lain yang mewarisi dan mempertahankan negara masing-masing yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar.

Mereka bersungguh-sungguh mempertahankan negara masing-masing walhal apa yang sepatutnya mereka pertahankan ialah Islam dan umatnya. Mereka takutkan musuh Allah, Amerika dan sekutunya, walhal apa yang sepatutnya mereka takutkan ialah Allah dan azabNya. Mereka mencari perlindungan, kemuliaan dan kekuatan dari orang-orang kafir yang jelas-jelas merupakan musuh Allah dan musuh mereka sendiri, walhal sepatutnya mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dari Allah. Mereka menjadi lemah dan pengecut dan tunduk kepada kaum kuffar, walhal Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang Mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui¡¨

(Surah Al-Munafiqun ayat 8).

Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengambil iktibar di sini bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dituntut kita mengerjakan ibadah puasa sahaja tetapi dan melahirkan hubungan iman kita dengan Allah tetapi ibadah puasa juga bertujuan memberi keyakinan kepada kita bahawa perlu dikembalikan balik Daulah Islamiyah dan meletakkan Islam sebagai satu kuasa yang dapat memerintah dan Islam pastinya akan beroleh kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya sebelum ini. Hanya Allah yang mengetahui masanya. Alangkah indahnya jika kita dapat hidup mengikut syariat Islam di dalam semua kehidupan kita dan Islam dapat dikembalikan ditempatnya yang sebenarnya.



Ahad, 22 Ogos 2010

Do'a Mustajab daripada Malaikat Kepada Orang Mukmin


Do'a Mustajab daripada Malaikat Kepada Orang Mukmin


Sahabat yang dimuliakan,

Para malaikat adalah hamba Allah s.w.t yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat diberi akal oleh Allah s.w.t. dan tidak mempunyai nafsu. Malaikat menjadi utusan dan tentera Allah s.w.t. dan bersedia menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.

Pada hari qiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafa'at, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafa'at di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang Mukmin.

Di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu: pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yg dido'akan oleh para malaikat, dan kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya"

(Surah Al-Anbiyaa' ayat 26-28)



Apakah ciri-ciri golongan yang dido'akan oleh para malaikat?


1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib)

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:' Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"

(Hadis Riwayat Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud )

4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah rha, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib )

5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang masa lalu"

(Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdo'a) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' "

(Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad dan Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7) Orang-orang yg melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga salat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari qiamat' "(Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad , hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8) Orang yg mendo'akan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang dido'akan.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Do'a seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang dido'akannya adalah do'a yang akan diqabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdo'a untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan'"(Hadis Riwayat Muslim dari Ummud Darda' r.a.)

9) Orang-orang yang berinfaq.(sedekah dijalan Allah)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' "

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdo'a) kepada orang-orang yang sedang makan sahur"

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Imam At-Thabrani, dari Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib)

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang Mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"

(Hadis Riwayat Ahmad dari Ali bin Abi Thalib k.w, Al-Musnad Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

12) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"

(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a., disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi )


Sahabat yang dirahmati Allah,

Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluq Allah s.w.t. yang selalu diqabulkan do'anya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendo'akan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredhai Allah.



Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang dido'akan oleh para malaikat. Semoga kita semua mendapat redha dan rahmat Allah s.w.t. ketika di dunia ini dan juga mendapat syafaat dan do'a daripada para malaikat yang mulia dan sentiasa bertugas sebagai utusan Allah s.w.t dimuka bumi ini.



(Sumber: Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, Orang-Orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir)

Khamis, 19 Ogos 2010

Ikhlaskan Hatimu Kepada Allah.


Sahabat yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula kedudukkan mahupun harta kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu.Sesiapa memilikki hati yang soleh maka Allah menyukainya., insan yang paling dicintai Allah ialah yang paling takwa dan ikhlas kepada-Nya.



Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.



Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan redha Allah s.w.t. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah s.w.t. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.



Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"



Sahabat yang ikhlas kerana Allah,

Sifat ikhlas adalah sifat mahmudah (sifat terpuji) ia adalah satu kurniaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Untuk memiliki sifat ikhlas seseorang perlulah memahami kepada tiga perkara :



1.Memiliki ilmu : Dengan ilmu seseorang akan tahu peraka-perkara yang disuruh dan dilarang oleh Allah s.w.t. Kita akan tahu jenis dan kraiteria sifat terpuji yang disukai Allah s.w.t. dan sifat tercelah yang dibenci oleh-Nya. Mempelajari ilmu bab hati dan tasauf memfokuskan ciri-ciri amalan yang ikhlas kepada Allah s.w.t.



2.Membaca dan mengambil iktibar daripada serah Nabi s.a.w, sahabat-sahabat baginda, tabien, tabi-tabien, wali-wali Allah, ahli sufi, alim ulama' dan para syuhada' mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas.



3.Memahami cara-cara Iblis mengoda dan menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar daripada perasaan ujub, riak dan takbur.Sifat-sifat ini akan menghapuskan amalan kita kepada Allah s.w.t.



Terdapat lima tanda-tanda amalan seseorang itu ikhlas kepada Allah :



1. Takut mendapat kemasyuran dan pujian daripada masyarakat terhadap amalan-amalannya.



2. Merasai tak cukup dan puas menunaikan hak-hak Allah yang diamanahkan kepadanya.



3.Tidak menceritakan pada orang lain amalan-amalan soleh yang dia kerjakan, kerana amalan-amalan itu adalah rahsia dia dengan Allah s.w.t.



4. Dia tak perlukan pujian dan tak mengharapkan pujian orang lain dia merasakan pujian itu lebih baik diberikan kepada orang lain yang berhak mendapatkannya.



5.Keadaannya sama saja samaada dia menjadi ketua atau orang bawahan.Tidak ada perasaan bermegah-megah dengan jawatan yang dimilikinya. Apayang dilakukan semata-mata mencari redha Allah.

Contoh: Khalid al-Walid dipecat dari jawatan panglima perang dan menjadi tentera biasa. Bila dia ditanya apa perasaannya, dia berkata, "Aku berperang kerana Allah bukan kerana Umar"



Sahabat yang dimuliakan,

Sifat ikhlas kepada Allah natijahnya akan menjadikan hati kita tenang,tenteram dan bahagia. Mutu kerja yang dilaksanakan berkualiti dan sempurna. Kerja yang dilaksanakan bukan kerana manusia atau kepentingan peribadi tetapi semata-mata kerana Allah. Seorang yang ikhlas akan meniatkan perkara harus seperti tidor, makan, minum, membeli rumah,kenderaan, pakaian dan lain-lain semata-mata kerana Allah maka dengan niatnya itu akan menjadi ibadah dan dia akan mendapat pahala di sis iAllah s.w.t.



Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah s.w.t. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya. Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.



Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allahs.w.t. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.



Seorang yang mati syahid akan ditolak amalannya kerana dia berjuang dan berjihad fisabilillah supaya dia terkenal sebagai seorang pahlawan terbilang. Seorang alim ulama yang tinggi ilmu pengetahuannya yangramai anak muridnya dan dipandang mulia oleh orang ramai tertolak amalannya kerana dalam hatinya inginkan pujian dan disanjung supaya digelar sebagai seorang Qari atau orang alim. Seorang dermawan juga ditolak sedekah dan zakatnya kerana dia inginkan pujian daripada manusia supaya manusia gelar dia seorang dermawan yang baik hati.



Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa yang mengucapkan 'Lailahaillallah' dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga."Lalu ditanya kepada baginda s.a.w. "Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram."

(Hadis Riwayat at-Tabarani)



Usahakanlah menanam sifat ikhlas dalam matlamat hidup ialah dengan merenung 'hidup sesudah mati.' kerana ianya boleh menghidupkan hati kita dan harapkan redha Allah. Apabila hati kita sentiasa mengingati hari akhirat perasaan tamakkan dunia akan hilang dan terhakislah sifat-sifat mazmumah seperti penyakit batin termasuk hasad dengki sesama Mukmin kerana berebut pengaruh, meninggalkan perjuangan, merasa jemu dalam berjuang dan fitnah memfitnah.



Oleh itu marilah sama-sama kita perbetulkan niat-niat dihati kita supaya ianya benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Keikhlasan inilah yang akan membawa nilai kepada setiap amalan kita. Biar pun sedikit amalan tersebut tetapi ianya ikhlas dan tidak ada kepentingan duniawi ia akan menjadi besar disisi Allah s.w.t.

Rabu, 11 Ogos 2010

Puasa Bulan Rahmat


Puasa Bulan Rahmat

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang mafhumnya: "Daripada Abi Hurairah, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ' Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadhan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Berdasarkan hadis ini jelaslah kepada kita bahawa betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan ibadah puasa tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak. Puasa Ramadhan adalah salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan ganjarannya adalah hanya disisi Allah. Malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang perlu dicatat oleh seseorang yang berpuasa. semakin khusyuk dan kita menjaga semua pancaindera kita semasa berpuasa maka semakin tinggilah nilai puasa kita di sisi Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,

Rasulullah s.w. berkhutbah kepada umat Islam untuk menyambut Ramadhan.

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di dalam bulan yang lain."

"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya Syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya."

"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari Neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari Neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (hamba) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari Neraka."

"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."

"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon Syurga dan perlindungan dari Neraka."

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam Syurga."

(Hadis Riwayat Ibnu Huzaimah).

Sahabat yang dihormati,

Kita baru bermula mengerjakan ibadah puasa, berdasarkan hadis diatas kita sedang berada dipermulaan puasa (10 hari pertama) yaitu rahmat daripada Allah s.w.t. Berdo'alah bersungguh-sungguh dipermulaan pertama ini dan memohon rahmat Allah s.w.t.

Tanda-tanda Allah memberikan rahmatNya kepada kita adalah kita merasakan keseronokan menjalankan berbagai-bagai aktiviti ibadah, rasa tak puas-puas dengan ibadah. Tak cukup dengan solat tarawih 20 rekaat dan 3 witir,bangun awal pagi untuk melaksanakan solat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan solat tasbih. Membaca al-Qur'an pada masa-masa yang terluang, bertekad untuk khatam 30 Juzuk al-Qur'an sebelum masa 10 hari terakhir.

Memperbanyakkan zikir-zikir yang lain dan berdo'a berulang-ulang kali tanpa jemu dan bosan dan memohon dan bermunajat bersungguh-sungguh dengan keyakinan bahawa Allah s.w.t akan memperkenankan do'a-do'a kita tanpa sedikit pun keraguan. Salah satu tempat do'a anak Adam yang mustajab dan diterima oleh Allah s.w.t adalah mereka yang berpuasa sehingga waktu berbuka.

Sudahkah kita bermula untuk sedekah untuk fakir miskin dan anak yatim?

Dan sudahkah kita masukkan wang kedalam tabung-tabung masjid? Adakah solat lima waktu kita kerjakan berjemaah dimasjid? Adakah kita mulakan berbuka dengan berbagai juadah atau kita berbuka sekadarnya tanda kita mulakan dengan berbuka secara sederhana dan tidak membazir? Adakah kita kerjakan solat magrib , isyak dan terawih berjemaah dimasjid? Persoalan ini perlu dijawab kerana amalan-amalan tersebut perlu di laksanakan tanda perubahan dan peningkatan amal kita kepad Allah s.w.t.

Khamis, 5 Ogos 2010

Persiapkan Tiga Perkara Sebelum Kedatangan Ramadhan


Persiapkan Tiga Perkara Sebelum Kedatangan Ramadhan

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadhan akan menjelma beberapa hari lagi,
kedatangannya membawa seribu rahmat untuk orang berpuasa.
Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan.
Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertakwa.

'Ya Allah, berkatilah kami dibulan Sya'ban ini dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan al-Mubarak.'

Sudahkah sahabat persiapkan diri dan hati untuk menyambut kedatangan Ramadhan?
Adakah sahabat merasa gembira atau resah bila kehadiran Ramadhan?

Nabi s.a.w ada menyatakan sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan ia dijauhkan dari api Neraka.!

Tanda orang Mukmin itu, hatinya terpaut pada Ramadhan, jiwa dan perasaannya seronok dan bergembira kerana di bulan inilah ia dapat mempertingkatkan iman dan takwanya kepada Allah s.w.t., dilipatkan ganda pahala dan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :

Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan.
Membuka kitab mengenai adab-adab puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan semasa berpuasa.

Syarat Sah Puasa ialah :
1. Islam, tidak sah puasa orang kafir
2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.
3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).

Kedua : Persiapan hati dan jiwa.
Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.

Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t sebelum datangnya Ramadhan"

Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. ketika hadirnya Ramadhan:
"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan :
Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"

Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan Ramadhan dapat kita miliki sepenohnya.

Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.
Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan daripada Ramadhan sebelumnya semoga memiliki TAKWA di akhir Ramadhan dengan keazaman :

1. Membaca al-Qur'an 30juz termasuk memahami maknanya.
2..Melaksanakan solat berjemaah 5 waktu dimasjid atau surau secara berjemaah.
3. Melaksanakan solat terawih dimasjid atau surau secara berjemaah termasuk witir.
4. Mengikuti tazkirah Ramadhan.
5. Tidak meninggalkan solat duha.
6. Memperbanyakkan sedekah setiap hari .
7. Sentiasa berwudhu'
8. Melaksanakan solat tahajjud.
9. Memperbanyakkan berdo'a siang dan malam.
10. Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa.
11. Menambahkan amalan-amalan sunat disepanjang bulan Ramadhan membaca al-Qur'an samaada siang atau malam dan amalan sunat yang lain.

Sahabat yang dihormati,
Takwa adalah kekuatan dalaman anugrah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas beribadah semata-mata mencari keredhan-Nya,
semakin tinggi takwa kita, maka semakin hampir dan mulia kita di sisi Allah s.w.t.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar."

Jadikanlah madrasah Ramadhan ini untuk sahabat bersihkan hati dari dosa-dosa dan jinakkanlah nafsu yang liar supaya ia ikut arahan iman, berlapar penting untuk menjinakkan nafsu.

Apabila puasa mengikut sunnah Nabi, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim akan lebih teliti dalam tindak tanduknya.

Apabila sahabat berpuasa, puasalah segala-galanya ;
Berpuasa pada perut ialah tidak makan dan minum.
Berpuasa pada lidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat.
Berpuasa pada telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbualan lucah.
Berpuasa pada mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat dan pandangan marah.
Berpuasa pada kaki tidak menuju ketempat maksiat dan sia-sia.

Jagalah masa sahabat , tinggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong.
Bila sahabat dimarahi, bersabarlah dan katakanlah 'saya sedang berpuasa'
Gunakanlah masa sahabat untuk membaca al-Qur'an, berzikir, berselawat, solat-solat sunat.
Tambahkanlah ilmu dengan membaca hadis, tafsir al-Qur'an. buku-buku ulama' muktabar dan hadirilah mana-mana majlis ilmu yang bermanfaat.

Sahabat,
Banyakkanlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah,
kerjakanlah solat tarawih sepenohnya dua puluh rekaat termasuk tiga witir.
Janganlah saudara merasa beban dengan ibadah sunat, kerana sesungguhnya satu amalan sunat yang saudara kerjakan akan mendapat pahala satu amalan fardu, dan satu amalan fardu akan digandakan Allah s.w.t kepada 70 kaliganda.
Inilah rahmat Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya, di bulan yang mulia ini.

Sahabat,
Intai-intailah malam lailatul qadar kerana dimalam ini amalan kita lebih baik dari seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Oleh itu janganlah disia-siakan 10 malam terakhir, asingkanlah diri dan beriktikaf di masjid untuk menumpukan ibadahmu kepada Allah, semoga Ramadhan tahun ini sahabat bertemu lailatul qadar, ketika kedatangannya sahabat sedang berdo'a dan bermunajat.

Sahabat,
Ingatlah , orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi 'orang baru' kerana berjaya membuang segala kelemahan diri.
Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah.
Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan-angan setahun itu kesemuanya Ramadhan."

Akhir kata, mulai sekarang, sahabat buatlah persiapan serapi mungkin. Buatlah jadual harian sebulan penuh apakah bentuk amalan dan ibadah yang akan dilaksanakan. Anggaplah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik yang akan saudara laksanakan dalam rangka mencari keredhaan Allah s.w.t.

Selasa, 3 Ogos 2010

Waktu-waktu Mustajab Do'a


Waktu-waktu Mustajab Do'a

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya' sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa). Begitu juga berdo'a kepada Allah s.w.t ada waktu-waktu mustajab do'a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.

Menurut Ibn Atha', do'a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap do'a itu ialah berdo'a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do'a ialah :

1.Berdo'a sewaktu hujan turun.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo'a."
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

"Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., 'Do'a manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Do'a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tiga bentuk do'a yang dimustajabkan Allah; do'a ibu bapa terhadap anak, do'a orang yang berpuasa dan do'a orang yang bermusafir."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur'an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do'a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".
(Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Tiga bentuk do'a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do'a orang yang teraniaya, do'a orang yang bermusafir dan do'a ibu bapa terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik do'a adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik do'a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'.
(Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah,
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo'a kepada Allah lalu Allah terimanya."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi."

18.Waktu menerima ujian.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan do'a orang yang menderita apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Dua jenis do'a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do'a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu."
(Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematiaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdo'a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo'akan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendo'akan untuk Abu Salamah r.a".

22.Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo'a diwaktu-waktu mustajab do'a. Semoga dengan ikhtiar kta yang sedikit ini Allah perkenankan do'a-do'a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

(Dipetik dari buku 101 Do'a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Isnin, 2 Ogos 2010

Sempurnakan Lima Syarat Supaya Solat Kita di Terima Oleh Allah


Sempurnakan Lima Syarat Supaya Solat Kita di Terima Oleh Allah

Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan Syurga".
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

Sahabat yang dimuliakan,
Solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah s.w.t di hari akhirat nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan al-Qur'an, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad di jalan Allah akan diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan di hisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam Neraka, nauzubillah.

Sebelum Allah s.w.t menerima solat seseorang hamba di hari akhirat nanti.maka Allah s.w.t. akan terima solat itu di dunia ini lagi.Jika Allah s.w.t menolak solat seseorang ketika di dunia maka solatnya tidak akan diterima apabila dipersembahkan olehnya dihadapan Allah s.w.t nanti. Selain daripada khusyuk dan betul dari rukun dan syarat sah solat, terdapat beberapa faktur lain yang akan diambil kira untuk diterima solat kita oleh Allah s.w.t.

Berdasarkan hadis Qudsi tersebut Allah s.w.t hanya akan menerima solat seseorang yang memiliki lima syarat tersebut dibawah ini :

1. Merendakkan diri kerana keagungan Allah.
Sifat merendahkan diri iaitu sifat tawadu' adalah sifat yang terpuji.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada seorang pun yang bertawadu' kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat tawadu' adalah satu sifat yang mulia, seseorang Muslim yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t. Berlawanan dari sifat tawadu' adalah sifat sombong dan takbur.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."

2. . Tidak bersikap sombong kepada makhluk Allah s.w.t.
Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan di hina oleh Allah , Allah tidak akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehidupan yang sebenar-benar hina.

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

"Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebuah hadis Qudsi yang lain bermaksud:
"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;
"Tidak akan masuk ke dalam Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

3.. Tidak berterusan melakukan maksiat. Jika melakukan sesuatu maksiat segera beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Kesesatan dan kesalahan yang berlaku adalah di sebabkan dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang tidak sedari sentiasa mendorong untuk melakukan maksiat, ditambah pula pengaruh kebendaan dan nikmat dunia yang menipu. Oleh itu jalan terbaik segeralah bertaubat dan memohon keampunan Allah s.w.t. di atas kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

4. Menghabiskan masanya untuk sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
Berzikir dan meningati Allah s.w.t adalah sifat orang-orang Mukmin, lidahnya sentiasa basah menyebut nama-nama Allah dan memuji dan memuja kebesaran dan keagungan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
( Surah Al Insan, Ayat 25 - 26)

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari."

5. Mengasihi orang-orang miskin, orang musafir ( ibnussabil) dan wanita janda dan orang yang ditimpa musibah (sentiasa memberikan bantuan kepada mereka).

Sifat mengasihi dan menyayangi orang-orang miskin, orang musafir dan wanita janda (ibu tunggal yang miskin dan menanggung anak yatim) dan orang yang sedang ditimpa musibah. Kemudian diberikan bantuan untuk membantu kesusahan mereka adalah satu sifat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam. Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang yang lain Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Sifat bakhil dan membenci orang miskin yang serba kekurangan, orang musafir (ibnussabil) yang terputus perbelanjaan dan tidak menghiraukan kesusuahan yang menimpa wanita janda meskin dan orang yang ditimpa musibah (penyakit atau kemalangan) adalah sifat tercela dan dimurkai oleh Allah s.w.t..

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai balasan daripada Allah s.w.t. kedudukan mereka yang memiliki lima ciri-ciri di atas akan bercahaya di hari akhirat seperti matahari. Sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. dan malaikat akan menjaganya (keselamatan diri) dan diberinya nur sakinah di dalam hati dan jiwa ketika di dunia . Apabila Allah s.w.t megasihi dan mencintai hamba-hamba-Nya maka Allah s.w.t akan memberi rahmat, perlindungan, rezeki dan pertolongan-Nya ketika di dunia ini dan di hari akhirat nanti diberi pengampunan dan di masukkan kedalam Syurga yang tinggi seluas langit dan bumi dan mengalir sungai-sungai dibawahnya.Di sinilah puncak kebahagiaan yang sebenarnya.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dan perbaikilah amal soleh kita dan perbanyakkan kerja-kerja jihad dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan. Sesungguhnya segala kebaikan kita akan dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.